3) Analisis hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia era pasca merdeka terhadap pembangunan insan dan negara
ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERAPASCA MERDEKA TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia bermula dari Era Masyarakat Melayu Tradisional iaitu sebelum Portugal menjajah Tanah Melayu pada tahun 1511 yang mempelajari tentang falsafah hidupdan ketuhanan.Pendidikan pada era ini bertumpu terhadap perbezaan gender dan statussosial dalam masyarakat serta perkembangan pendidikan agama Islam. Pendidikankemudiannya berkembang pada era penjajahan kuasa asing iaitu pada tahun 1511 iaitupendidikan untuk mengukuhkan Dasar Pecah dan Perintah yang dilaksanakan oleh British.Dasar ini hanya membenarkan sekolah rendah dan sekolah menengah didirikan serta bahasapengantar untuk sekolah-sekolah tersebut adalah bahasa Inggeris. Kurikulum untuk dasar iniadalah terhad iaitu keupayaan menguasai kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis danMengira). Kemahiran ini dilaksanakan untuk memahami Kesusasteraan Inggeris, Ilmu Alam,Sejarah, Ilmu Kesihatan dan menguasai Ilmu Hisab (Geometri dan Algebra). Kemudiannya,pendidikan berkembang semasa era pasca merdeka yang lebih tertumpu kepada penyatuansemua kaum menerusi sistem pendidikan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan dan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan. Oleh itu, pendidikan erapasca merdeka adalah lebih kepada pendidikan untuk pengeratan perpaduan kaum yangberupaya memajukan negara. Namun persoalannya, bagaimanakah perkembangan pendidikanMalaysia memberi kesan terhadap pembangunan insan dan negara? Isu ini yang akan kitabincangkan dengan lebih lanjut dan mendalam dalam blog ini.
Laporan
Rahman Talib
(1960)
v Bertujuan memperkukuhkan lagi
saranan pada Penyata Razak.
Terdapat
empat aspek penting:
• Menjadi titik permulaan ke arah
pelaksanaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama .
• Mewujudkan sistem peperiksaan
persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah,
menengah,dan menengah atas.
• Memberi penekanan kepada pendidikan
teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir.
• Memberi penekanan kepada pendidikan
moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.
v Reformasi struktur:
• Pelajaran di sekolah rendah adalah
percuma
• Sekolah rendah menjadi sekolah
kebangsaan dan jenis kebangsaan.
• Persekolahan 9 tahun.
• Murid naik darjah secara automatik.
• Penekanan kepada Pendidikan Agama
Islam bagi keperluan rohani.
• Pendidikan akhlak dititikberatkan.
Akta
Pelajaran 1961
v Menegaskan matlamat utama dasar
pelajaran ialah untuk menubuhkan sistem pelajaran yang boleh memenuhi keperluan
negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi,sosio-budaya serta politik di
samping menjadikan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan.
v Hasrat utama ialah untuk
menyatupadukan kaum yang ada di Malaysia.
v Bahasa tamil dan cina diajar dengan
2 syarat:
• Jika ada permintaan dari 15 orang
ibu bapa
• Jika didapati praktik
Laporan
Hussein Onn(1971)
Jawatankuasa
laporan ini diketuai oleh Tun Hussein Onn yang menjadi Menteri Pelajaran ketika
itu.
Tujuan:
v Mengkaji semula Dasar Pendidikan
Negara ketika itu.
v Menyediakan pendidikan dasar bagi
semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah(dapat ditampung dalam
sekolah aliran Melayu,Inggeris,Cina, dan Tamil)
Perubahan:
v Bahasa Melayu menggantikan Bahasa
Inggeris secara berperingkat di sekolah-sekolah aliran Inggeris .
v Bahasa Inggeris dijadikan bahasa
kedua kerana bahasa inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang penting dan
penguasaan dalam bahasa ini boleh meningkatkan pembangunan negara.
v Bahasa Inggeris diwajibkan di semua
sekolah kerana kepentingannya di peringkat tinngi dan dalam perdagangan serta
hal ehwal antarabangsa.
v Masa mengajar Bahasa Inggeris
ditambah
v Guru-guru diberi latihan untuk
mendapatkan hasil yang lebih baik.
Laporan
Jawatankuasa Kabinet (1979)
Laporan ini
telah dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir.
Tujuan:
v mengkaji semula matlamat-matlamat dan
keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan ketika itu.
v memastikan sistem pendidikan
memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin
dan terlatih.
v mencapai perpaduan negara dalam
masyarakat berbilang kaum.
Kandungan:
• Fokus diberikan kepada pendidikan
asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.
• Kedudukan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua dikekalkan.
• Tumpuan diberikan kepada pendidikan
kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.
• Peluang melanjutkan persekolahan
ditambah daripada 9 tahun ke 11 tahun.
q Sekolah rendah
q Sekolah menengah
- Menengah rendah
- Menengah atas
• Pendidikan menengah atas
dibahagikan kepada dua jurusan, iaitu akademik dan
vokasional.
Rang
Undang-Undang Pendidikan (1995)
q Rang undang-undang adalah
cadangan pembentukan atau penggubalan undang-undang baru yang dibentuk melalui
perundangan yang masih belum diluluskan dan diberikan perkenan diraja,
q Selepas rang undang-undang diluluskan barulah ia
menjadi akta.
Kandungan:
• Dasar Pendidikan
• Kurikulum: KBSR &KBSM
• Pendidikan bertaraf dunia
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan
diwartakan menggantikan Falsafah Pendidikan Negara
Akta
Pendidikan 1996
• Satu bentuk perundangan yang lengkap
• Pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961
v Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dijadikan landasan dalam penggubalan Akta ini.
v Sistem Pendidikan kebangsaan
dimantapkan.
• Meliputi semua peringkat
persekolahan( peringkat pra sekolah hingga peringkat tinngi) dan kategori
sekolah ( kerajaan,bantuan kerajaan dan swasta).
v Bahasa kebangsaan diperkukuh
kedudukannya sebagai bahasa pengantar utama dan sebagai matapelajaran wajib
dalam sistem Pendidikan kebangsaan.
v Kurikulum kebangsaan dan peperiksaan
adalah seragam untuk semua kategori sekolah.
v Pendidikan Islam diperluas kepada
murid-murid islam di semua kategori sekolah.
v Pendidikan prasekolah diperluas
v Pendidikan teknik dipertingkatkan di
sekolah menengah teknik dan politeknik.
v Pendidikan guru diperkukuh dengan
adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan program
pendidikan guru di peringkat sijil,diploma,ijazah secara berkembar.
v Pendidikan khas diberi perhatian
lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut.
v Pendidikan swasta diperkembangkan ke
arah lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal
taraf pendidikan dan perjalanan institusi tersebut.
Comments
Post a Comment