1) Analisis hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia era masyarakat tradisional dari aspek pembangunan insan dan masyarakat.

  

 

Analisis hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia era masyarakat tradisional dari aspek pembangunan insan dan masyarakat.
Perkembangan pendidikan di Malaysia era masyarakat tradisional memberi impak kepada cara pemikiran orang Melayu pada ketika itu. Pendidikan tradisional berlangsung seperti ceramah agama di surau, masjid, pondok yang diusahakan oleh para ulamak menyemarakkan cara kehidupan, proses pendidikan dan penyebaran Islam.
Bagi memahami hala tuju pendidikan era masyarakat Melayu tradisional. Aspek adat, adab dan warisan, agama Islam, undang-undang dan peraturan, patriotisme, komunikasi dan masyarakat akan dikupas melalui perbincangan seterusnya.


ASPEK

HURAIAN

Adat, adab dan warisan

Pendidikan yang berteraskan kepada pembelajaran secara turun temurun yang diwariskan kepada generasi seterusnya. Menjadi kelebihan apabila ahli keluarga atau seseorang itu mahir daripada aspek teknikal, praktikal dan kelansungan hidup. Mereka yang mahir betukang rumah akan mewariskan kemahiran itu ke ahli keluarga dan sahabat handai. Meraka yang mahir membuat sampan dan kapal meneruskan legasi kemahiran itu sebagai contoh.

Masyarakat melayu ketika ini tinggi dan kaya nilai, budi bahasa dan adab sopan. Kehidupan seharian yang berteman sumber alam ciptaan Allah swt menjadikan lebih peka terhadap adab sopan terutama semasa berhubungan dengan ibu bapa dan orang tua. Sikap mendengar cakap orang tua dan tunduk apabila berjalan menjadi amalan seharian mereka.

Pelbagai gelanggang silat tehampar di halaman rumah tok guru bagi membekalkan ilmu persilatan bela diri dan melengkapkan aspek keselamatan dan kawalan kampung juga dijadikan kemahiran wajib kepada orang lelaki.

Masyarakat juga berpegang kuat kepada adat resam turun temurun yang menetapkan orang perempuan tempatnya di dapur dan menguruskan hal ehwal rumah tangga manakala orang lelaki menjadi ketua keluarga dan mendapat hak kemahiran pendidikan yang tinggi dan selayaknnya. 

Agama Islam

Pendidikan tradisional berlangsung seperti ceramah agama di surau, masjid, pondok yang diusahakan oleh para ulamak menyemarakkan cara kehidupan, proses pendidikan dan penyebaran Islam.

Para ulamak yang juga kalangan pedagang dan pendakwah datang dari timur tengah mengajar orang Melayu berkaitan Al-Quran, Hadis, Akidah, Feqah , bahasa Arab, Akhlak dan tulisan jawi.

Perkembangan yang pesat dengan terdirinya masjid, madrasah dan sekolah pondok sebagai intitusi mempelajari ilmu agama secara bersemuka dengan tok guru. Masa pembelajaran biasanya dijalankan pada waktu petang ataupun malam.

Undang-undang dan Peraturan

Mula disusun semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424 hingga 1444 Masehi dan ditambah baik sehingga abad ke-19 Masehi. Ia menghimpunkan adat Melayu dan undang-undang Islam, terdiri daripada undang-undang, perlembagaan, jenayah, tanah, perhambaan, kontrak jual beli, keluarga dan Islam.

Undang-undang Islam pula meliputi hukum jual beli, tatacara pengadilan, hukum qisas dan hukum jenayah Islam. Rakyat wajib mentaati perintah Raja dan mengikut arahan pembesar negara.

Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan laut antarabangsa dan mewujudkan undang-undang Laut Melaka. Nakhoda kapal diberi kuasa seperti seorang Raja dan diguna pakai semasa di laut dan kapal sahaja.

 

Patriotisme

Mewujudkan bangsa yang taat setia kepada perintah Raja dan arahan pemerintah negara. Kata-kata Raja itu ialah undang-undaang tidak boleh disanggah dan perlu dipatuhi rakyat pada setiap masa.

Komunikasi

Penggunaan Bahasa Melayu secara meluas yang ditulis dalam tulisan Jawi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa rasmi dan bersifat menyeluruh dalam segala urusan harian, pentadbiran, perniagaan dan diplomatik. Masyhurnya diiktiraf sebagai lingua franca.

Asmah Hj. Omar (2007) mendefinisikan lingua franca sebagai bahasa yang diketahui kebanyakkan penutur walaupun hanya pada peringkat asas.

Masyarakat

Terdapat jurang yang tinggi membezakan status dan tahap pendidikan masyarakat. Golongan Diraja dan bangsawan berstatus memerintah dan berhak mendapatkan segala kehendak. Manakala golongan yang diperintah ialah rakyat jelata yang merdeka dan hamba yang terbatas usahanya demi meningkatkan taraf hidup dan pendidikan.

Pelbagai kaum yang mendiami seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, orang Asli dan lain-lain. Mereka hidup bersatu padu, bantu membantu dan harmoni.


 



Comments

Popular posts from this blog

4) Analisis hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia era semasa & masa depan terhadap pembangunan insan dan negara.

NABIL FIKRI BIN JASNI