4) Analisis hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia era semasa & masa depan terhadap pembangunan insan dan negara.

 

 

AKSES PENDIDIKAN

v  Anak-anak di Malaysia memperoleh hak yang sama rata.

v  Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha untuk mengurangkan jurang perbezaan yang terdapat dalam sistem pendidikan di negara ini.

v  Kementerian Pendidikan Malaysia memberi peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk menyumbang kepada:

Ø  Golongan orang kurang upaya

Ø  Keluarga miskin dan tidak berkemampuan

v  Program pembangunan yang membuktikan usaha pihak kerajaan untuk menangani dan mengatasi masalah ketaksamaan pendidikan di Malaysia:

Ø  Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)


Ø  Asrama Harian



Ø  Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


EKUITI PENDIDIKAN

v  Membantu mengurangkan jurang pendapatan, sosioekonomi dan juga gender dalam kalangan pelajar yang berada di kawasan bandar serta pelajar yang berada di kawasan luar bandar.

v  Faktor yang mencetuskan jurang-jurang ini termasuklah:

Ø  Isu minat pelajar terhadap suatu matapelajaran.

Ø  Isu pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik berbanding pelajar lelaki.

v  Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini:

Ø  Guru semestinya tahu akan kaedah-kaedah serta pendekatan-pendekatan pengajaran yang lebih kreatif dan inovasi supaya dapat mengatasi masalah tersebut.

Ø  Kursus pendidikan guru perlu memberi penekanan yang lebih terhadap perbezaan-perbezaan yang berlaku dalam sistem pendidikan.

Ø  Pihak kerajaan mahupun pihak sekolah perlu memperbanyakkan lagi kempen-kempen atau ceramah-ceramah di sekolah untuk menggalakkan semua gender pelajar supaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi agar masalah-masalah seperti jurang perbezaan gender dalam pendidikan dapat diatasi.

 


KUALITI PENDIDIKAN

v  Menaik dan melonjakkan pencapaian negara dalam kelompok tertinggi/teratas bagi ujian pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam masa 15 tahun.

v  Menghasilkan kualiti pendidikan yang bertaraf antarabangsa, seperti:

Ø  Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

v  Komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan yang tinggi selaras dengan wawasan pendidikan yang bertaraf dunia dan antarabangsa, seperti:

Ø  Penggredan universiti


PERPADUAN

v  Pendidikan menjadi salah satu alat dalam membentuk perpaduan kaum di Malaysia.

v  Menghargai nilai, budaya dan juga pengalaman yang dikongsi dari pelbagai kaum, agama dan etnik dapat diterapkan dalam diri pelajar melalui pembelajaran dan pendidikan di sekolah.

v  Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan semangat perpaduan antara kaum termasuklah:

Ø  Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar

Ø  Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian

v  Penggunaan satu bahasa perhubungan dan juga persefahaman di antara kaum di Malaysia dapat menghasilkan satu identiti negara serta mengeratkan lagi semangat perpaduan antara kaum.



 

KECEKAPAN SISTEM

v  Memastikan kecekapan sistem pendidikan di negara Malaysia ini ke arah keberhasilan pengajaran guru dan juga ke arah kemenjadian pelajar-pelajar pada masa kini.

v  Kecekapan penyampaian, kawalan dan pengurusan untuk menentukan keberhasilan pendidikan.

v  Penyediaan pengajaran guru yang cekap dapat dihasilkan melalui latihan guru yang profesional supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berguna dan berkualiti kepada masyarakat dan juga negara.




Comments

Popular posts from this blog

NABIL FIKRI BIN JASNI

1) Analisis hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia era masyarakat tradisional dari aspek pembangunan insan dan masyarakat.